Pokok Dukung Anak

Pokok dukung anak (Phyllanthus niruri)

Kegunaan:

> Melancarkan kencing

> merawat penyakit kencing berdarah

> merawat bisul di kelopak mata

> merawat penyakit hepatitis B

Cara-cara menggunakannya

tumbuk segenggam daun bersama lima ulas bawang merah. Campurkan dengan sedikit santan dan perahan limau nipis kemudian di tapis untuk diminum pada waktu pagi. Lakukannya selam tiga hari berturut untuk melancarkan pembuangan air kecil.

segenggam daun ditumbuk dan dicampurkan dengan lima ulas bawang merah, sedikit santan, air limau nipis, gula dan jintan manis. Ia sesuai untuk merawat masalah kencing berdarah

untuk merawat bisul di mata, gunakan air rebusan pokok dukung anak dan disapu di atas bahagian bisul.

Posted in Uncategorized | Tagged , , | Tinggalkan komen

Khasiat herba bunga Telang

1. Meningkatkan kewanitaan

Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita.

Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruh kepada sistem pembiakan wanita. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonoria, membetulkan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak atau menaikkan nafsu seksual.

Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Sama ada berkesan atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.

Untuk membetulkan kitaran haid, ambil bunga dan akarnya lalu dimasukkan dalam air mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum.

Jom kami kongsikan resepi teh bunga telang yang boleh diminum untuk penjagaan dalaman wanita.

Bahan-Bahan:
Segenggam Bunga Telang
Segelas Air Panas
Gula secukup rasa
1/2 biji limau nipis

Cara Membuat:
Masukkan segenggam bunga telang didalam gelas. Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 minit. Setelah air bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut. Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa sangat menyegarkan.

2. Mengecutkan jerawat

Ambil daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada jerawat. Biarkan selama 30 minit. Bersihkan.

3. Melebat dan menghitamkan rambut

Kacang telang dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.

4. Sebagai detox

Teh herba bunga telang juga membantu anda detox untuk menguruskan badan. Minum air bunga telang setiap pagi untuk detox. Teruskan membaca

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Pokok Susu Nabi dan khasiatnya

KHASIAT POKOK SUSU NABI

MEMANG AJAIB… !!! Inilah Ubat STROKE Paling Berkesan…

Sesiapa yang ada GOUT, mencari penawar paling mujarab, bolehlah mencuba

Cari pokok ni, cabut sepokok, basuh cuci dengan akar, batang, daun dan buah sekali.

Rebus dengan tiga gelas air sampai tinggal satu gelas.

Amalkan minum pagi dan petang selama tiga hari…

Insha allah, stroke (lumpuh) dan gout akan pulih. Ikhtiar kita, Allah jua yang menyembuhkan.

Moga bermanfaat…

Kredit :Che Aween

Wassalam.

#SharePetua

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Daun Pandan serta khasiatnya.

POKOK PANDAN

Menurunkan Darah Tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan dua gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Setelah itu, dibiarkan ia menyejuk dan minum airnya.

Matikan kuman Dalam Darah

-Amalam meminum air daun pandan juga dapat mematikan kuman dalam darah agar tubuh sentiasa sihat.

Mengelak makanan cepat

Dengan memasukkan daun pandan ketika memasak ia bagi mengelak makan cepat basi. Selain itu, ia juga bagi melembutkan daging.

Mengecutkan rahim

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. amalan secara berterusan setiap hari selama 40 hari.

Menyembuhkan gejala payudara bengkak dan sakit

-Ambil 2-3 helai daun pandan.Tumbuk sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur makan . Selepas itu lumur pada bahagian yang berkenaan.

Daun Pandan ubati Lemah saraf – ambil 3 helai daun pandan muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gelas). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.

Buang angin dalam badan. Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia besar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.

Gelisah : Ambil 2 helai daun pandan muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.

Rambut gugur- Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)

Menghitamkan rambut

Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.

Kelemumur-Ambil 7 helai daun muda. Tumbuk halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan air sekali lagi.

Daun pandan berkhasiat untuk mengurangi rasa sakit pada penderita rematik, sakit lutut

Caranya, siapkan 3 helai daun pandan, lalu iris tipis-tipis. Kemudian campur irisan tersebut dengan minyak kelapa panas. Kacau sampai daun menjadi layu dan sejukkan. Setelah itu, balurkan campuran tersebut pada bagian tubuh yang terasa

Tidak hanya mengganggu penampilan, panau juga boleh membuat tidak selesa akibat rasa gatal yang ditimbulkan.

Untuk mengatasi panau, terlebih dahulu menghaluskan daun pandan. Setelah itu, perah airnya, lalu beri garam secukupnya. Minum satu kali sehari selama tiga hari.

Ana Mahabu

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Khasiat Daun Sukun Yang Amat Mujarab Melawan Dan Merawat 4 Jenis Penyakit Merbahaya.

Khasiat Daun Sukun Yang Amat Mujarab Melawan Dan Merawat 4 Jenis Penyakit Merba haya , Adakah anda pernah melihat pokok sukun? Sukun adalah salah satu jenis buah yang sering dimasak menjadi berbagai macam sajian. Salah satu hidangan yang paling popular adalah sukun goreng atau sukun rebus. Buah sukun memiliki karakter yang manis, lembut dan mengenyangkan.

Namun terbukti sukun tidak hanya dimanfaatkan buahnya saja. Daun sukun yang berbentuk lembaran besar, sedang dan kecil juga bermanfaat untuk manusia. Bentuk daun memiliki ciri-ciri garis yang kasar dengan warna hijau tua dan hijau muda.

Manfaat Daun Sukun Kering

Apakah daun sukun kering boleh memberikan manfaat? Daun sukun memiliki bentuk yang lebar dengan beberapa garis-garis ruas yang terlihat sangat jelas. Daun memiliki warna hijau yang sangat identik. Beberapa jenis sebatian yang ditemukan pada daun sukun kering memang efektif untuk mengatasi beberapa jenis penyakit.

Dalam sebuah penelitian ditemui sebatian kuat daun sukun kering seperti zat anti inflamasi, riboflavin, asid hidrosianat, asetikolan dan juga tanin. Daun sukun kering juga mengandung zat anti oksidan tinggi dan beberapa jenis mineral lainnya. Tapi terbukti pokok sukun tidak hanya dimanfaatkan bahagian buahnya saja, sebab sudah terbukti lama daun sukun berkhasiat sebagai tanaman ubat.

Dibawah Ini Adalah Beberapa Manfaat Dari Daun Sukun Kering :

1. Mengubati Penyakit Ginjal

Penyakit ginjal menjadi penyakit yang sangat menakutkan. Orang yang sudah menderita penyakit gagal ginjal harus mencuci darah secara rutin. Efek dari pengubatan ini memang tidak cukup baik untuk tubuh sehingga sering membuat penderita tidak ingin menjalani cuci darah. Namun, ternyata manfaat daun sukun kering boleh digunakan sebagai ubat yang sangat selamat. Daun sukun memiliki sebatian khusus yang boleh mendorong efek diuretik. Penderita sakit ginjal boleh memakai terapi ini selama beberapa bulan hingga benar-benar mampu sembuh.

2. Menurunkan Kadar Kolesterol

Kadar kolesterol didapati dari makanan yang banyak mengandung lemak tepu dan jenis lemak trans. Jenis lemak ini boleh didapati dari berbagai macam daging yang mengandung lemak seperti lemak pada daging lembu, lemak pada kulit daging ayam dan minyak sayuran seperti jenis minyak sawit. Kolesterol tidak boleh digunakan oleh tubuh dan akan berkumpul dalam darah. Efek jangka masa panjangnya adalah menyebabkan penyakit jantung dan serangan stroke.

Daun sukun terbukti boleh digunakan sebagai ubat untuk menurunkan kadar kolesterol. Kolesterol akan keluar dari bahagian darah dan menjadi sisa-sisa metabolisme yang akan keluar melalui air kencing atau najis.

3. Menurunkan risiko Penyakit Jantung

Penyakit jantung boleh disebabkan oleh berbagai macam sebab seperti komplikasi dari stroke, diabetes atau gagal ginjal. Selain itu pola metabolisme tubuh yang tidak baik boleh menyebabkan pembentukan plak dalam pembuluh darah, pengerasan pembuluh darah dan berbagai kelainan jantung lainnya. Bahagian yang paling mengerikan adalah serangan jantung yang boleh terjadi bila-bila saja. Untuk mengatasi dan menurunkan risiko penyakit jantung boleh menggunakan terapi air teh dari daun sukun.

Daun sukun membuat tekanan darah dan aliran darah pada pembuluh darah menjadi lebih baik. Kesan dalam jangka lama boleh membuat jantung menjadi lebih sihat.

4.Mengelakkan Pembentukan Sel Kanser

Kanser boleh disebabkan oleh berbagai perkara yang terjadi dalam tubuh manusia. Namun penyebab asasnya adalah kerana rosaknya sel-sel sihat dalam tubuh yang disebabkan oleh berbagai jenis zat radikal bebas. Akibatnya maka sel-sel yang sihat bermutasi dan boleh menyebabkan kanser. Sel kanser boleh muncul disemua jenis organ tubuh manusia dan berjangkit ke bahagian organ tubuh yang lain. Untuk menurunkan risiko kanser dan menyembuhkan kanser maka rebusan daun sukun kering boleh menjadi pengganti kemoterapi. Manfaat antioksidan pada daun sukun kering sangat tinggi dan boleh mengatasi masalah kanser.

5.Mengubati Asid Uric

Asid uric boleh menyebabkan tubuh menjadi lemah. Bahkan pada keadaan lebih teruk boleh menyebabkan penderita mengalami radang sendi dan kelumpuhan. Penyakit ini disebabkan kerana tingginya kadar asid dalam pembuluh darah. Penyakit ini sering terjadi pada orang tua dan disertai dengan beberapa masalah lain seperti diabetes, stroke, atau hipertensi. Pengambilan teh dari daun sukun yang sudah dikeringkan secara efektif boleh menurunkan asid uric secara berkala. Daun sukun kering juga memiliki kesan anti keradangan sehingga sangat baik untuk menurunkan risiko radang pada sendi.

Dalam tempoh terapi dengan daun sukun kering maka sangat disarankan untuk menghindari berbagai jenis sayuran hijau yang boleh menyebabkan tingginya kadar asid uric seperti kangkung, kacang panjang, bayam, sawi dan beberapa jenis makanan yang mengandungi lemak haiwan.

6. Mengubati Penyakit Hati

Hati memiliki fungsi untuk menampung semua racun dalam tubuh dan meneutralkannya kembali. Hati yang sudah digunakan oleh tubuh untuk meneutralkan boleh mengalami masalah kerana keadaan metabolisme tubuh yang buruk. Selain itu pengambilan alkohol dan rokok juga boleh meningkatkan risiko penyakit ini. Daun sukun kering yang sudah direbus dan dijadikan dalam bentuk teh boleh bermanfaat untuk mengatasi keradangan atau pembengkakan hati.

Beberapa jenis sebatian seperti asetilkolin sangat baik untuk melawan keradangan. Hindari rokok dan alkohol selama tempoh melakukan terapi ini.

7. Mengubati Alergi

Alergi sering menyebabkan tubuh mengalami gatal-gatal dari kegatalan biasa hingga parah. Alergi disebabkan kerana tubuh tidak boleh membentuk hormon dan enzim yang membuat sistem anti alergi untuk tubuh. Akibatnya maka tubuh mengalami beberapa kegagalan sistem dalam membuat kekebalan pada zat tertentu. Pengambilan daun sukun kering sangat bermanfaat untuk mengatasi masalah alergi. Ketika terapi sebaiknya juga menghindari berbagai punca alergi dan mulai mensimulasi tubuh ketika sudah mendapatkan kesan dari pengambilan daun kering.

8. Mengubati Penyakit Pembesaran Limpa

Pembesaran limpa boleh disebabkan kerana rosaknya sistem limpa dalam tubuh. Puncanya sangat berbeza-beza namun yang paling sering adalah tubuh terlalu banyak menampung racun. Enzim dan hormon dalam tubuh mengalami kerosakan dan berbagai macam makanan yang buruk membuat limpa tidak boleh berfungsi dengan baik. Manfaat daun sukun kering memiliki fungsi sebagai anti racun dan untuk detoksifikasi atau mengeluarkan racun dalam tubuh. Daun sukun kering yang sudah dibuat menjadi teh akan efektif dalam menyembuhkan penyakit ini.

9. Mengubati Sakit Gigi

Sakit gigi yang disebabkan kerana lubang pada gigi menjadi salah satu keluhan yang biasa kita dengar. Rasa sakit akan menyerang ketika ada banyak bakteria dan kuman yang berkumpul pada lubang gigi. Daun sukun kering bermanfaat sebagai anti racun yang akan membunuh semua kuman dan bakteria pada lubang gigi. Berkumur dengan teh dari rebusan daun sukun kering akan memberikan kesan menenangkan untuk rasa sakit dan membuat sakit gigi tidak sering berulang.

10. Anti Pendarahan

Pada zaman dahulu rebusan daun sukun kering sering menjadi ubat anti pendarahan. Kes yang paling sering terjadi adalah untuk mengubati pendarahan pada ibu yang baru saja melahirkan. Hal ini disebabkan kerana sebatian kimia dalam daun sukun kering boleh melancarkan sistem pembuluh darah dan menghentikan pendarahan. Minum tiga kali sehari bagi ibu yang mengalami pendarahan akan menghentikan pendarahan dan membantu kesihatan cepat pulih.

Tip Membuat Ramuan Daun Sukun Kering

1. Untuk membuat ramuan daun sukun kering, pastikan anda memilih daun sukun segar yang masih tumbuh pada batang atau dahan. Jangan menggunakan daun sukun kering yang sudah jatuh ke tanah atau rosak. Berikut cara mudah untuk membuat teh dari daun sukun kering :

2. Pilih beberapa helai daun sukun yang sudah tua. Cirinya adalah karakter daun sukun yang keras, garis-garis yang jelas dan warna hijau tua hingga kebiruan.

3. Cuci daun sukun yang baru dipetik dengan air mengalir, jika kotor maka bersihkan dengan berus. Pilih jenis daun yang tidak terluka atau berkerak.

4. Potong halus daun sukun yang masih basah.

5. Jemur di bawah sinar matahari. Perhatikan kebersihan tempat untuk menjemur dan jangan sampai kena air selama proses pengeringan.

 6. Rebus daun sukun yang sudah kering dan bila sudah baki setengahnya maka tambah air lagi hingga benar-benar berwarna coklat dan kental.

7. Tapis rebusan daun sukun kering dan gunakan untuk pengubatan beberapa jenis penyakit seperti yang sudah disebutkan.

8. Tambahkan madu atau gula batu untuk menghilangkan kesan pahit.

Semoga bermanfaat buat kita, jangan lupa amalkan dan juga kongsikan kepada sahabat kita yang lain, semoga perkongsian kita membawa kebaikan kepada mereka, inshaALLAH..

Rujukan : Sahabat Sorga

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Asam gelugur yang mempunyai nilai perubatan turun temurun

Asam Gelugur

Asam gelugur yang Nama Botaninya Garcinia Cambogia – juga dikenali sebagai Garcinia atroviridis, asam gelugur atau asam keping dalam bahasa Malaysia. Tumbuhan liar ini didapati di banyak tempat di Asia dan Malaysia terutama dijadikan sebagai sumber ekonomi dan mempunyai nilai perubatan sejak turun temurun.

Kandungan Khasiat Buah Asam Gelugur/Keping

Buahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu. Selalu digunakan dalam beberapa jenis masakan, seperti laksa masakan asam pedas, dsb. Ianya juga baik untuk mengurangkan berat badan dan kegemukkan.

Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugor terhasil dari air buahnya. Ia tidak bertoksik (beracun), tanpa perasa, serbuknya tidak berbau dijadikan sebagai herba alternatif yang amat berkesan untuk mengawal kegemukan dan kolestrol. HCA bertindak mengekang, menghalang dan menghadkan pengumpulan asid-asid lemak dan kolestrol (lipogenesis) dalam badan. Kandungan asam gelugor terdiri daripada unsur aktif 50% dan 70% HCA.

Sejarah Kegunaan dan Kandungan Asam Gelugur

Garcinia Cambogia amat baru bagi dunia herba Barat, tapi ia telah digunakan beribu tahun dahulu di kawasan Asia sebagai bahan masakan. Ia juga digunakan sebagai ubat menghilangkan selera makan, menghadkan peyerapan dan pembentukan lemak, kolestrol dan pegumpulan lemak (triglycerides). Dalam perkataan lain Pembantu Pemakanan.

Boleh dipercayai dan sentiasa bertepatan dengan maklumat saintifik menunjuk bertapa besarnya faedah kepada kesihatan. Kajian menunjukkan HCA membantu mereka yang bermasalah seperti ;

1. Mereka yang mengamal berat badan mendatar
2. Mereka yang mahu mengurangkan berat badan
3. Mereka yang terlalu gemuk

Buah Asam Gelugur bukan jenis makanan pemakanan, maka ia tidak disabitkan dengan kekurangan zat pemakanan.

Berapa banyakkah yang perlu dimakan? Teruskan membaca

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Asas Herbalisma

Herbalisma ialah satu bidang ilmu mengenai herba yang menyatakan “Jadikan makanan sebagai ubatmu dan biarkan ubat menjadi makananmu”. Ini bermakna makanan berfungsi untuk memelihara kesihatan, mengelakkan penyakit kerana makanan membekalkan tenaga dan zat-zat yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan kesihatan dan hidup, untuk membesar dan membangun, untuk bergerak, bermain, bekerja, memikir dan belajar.

Fahaman herbalisma menyatakan sesuatu penyakit itu tidak disebabkan oleh bakteria ataupun kuman daripada luar. Pada segi logiknya kita mendapati semua virus dan bakteria telahpun berada di keliling kita tetapi kenapa kita sakit di satu-satu waktu dan sihat di waktu yang lain.

Herba adalah sebaik-baik makanan untuk badan kita kerana zat-zat yang dibekalkan oleh alam semulajadi adalah sangat berpatutan untuk mendapatkan badan yang sihat secara alamiah. Punca penyakit itu datang daripada dalam tubuh manusia itu sendiri. Keadaannya berlaku ialah ketika tubuh manusia penuh dengan racun-racun dan sisa makanan yang membusuk, tubuh menjadi lemah dan tidak mampu mencegah serangan bakteria atau virus akibatnya muncullah pelbagai jenis penyakit lain. Jadi sumber utama daripada penyakit itu bukanlah zat yang ada diluar seperti bakteria dan virus tetapi berpunca daripada kotoran yang ada di dalam tubuh badan seseorang yang disebabkan oleh sistem pencernaan dan pembuangan yang tidak sempurna.

Makanan alamiah yang berasal dari alam semulajadi merupakan resepi-resepi yang telah diformulasikan dan telah lulus ujian selama evolusi berabad-abad lamanya, sejak sejarah manusia bermula. Kita mempunyai keyakinan bahawa herba-herba alam yang tidak beracun melengkapi tubuh dengan bahan yang sesuai keperluannya sama seperti makanan. Hal inilah yang menghasilkan pencegahan mahupun penyembuhan terhadap sesuatu penyakit.

SISTEM PERTAHANAN BADAN.

Dewasa ini kesedaran masyarakat terhadap pentingnya pengubatan herba (herbal medical) semakin menunjukkan angka peningkatan cukup menggembirakan.
Fenomena ini terlihat dengan semakin banyaknya anggota masyarakat dari berbagai kalangan yang memasuki kumpulan HPA (Herba Penawar Al-Wahida) dan menjadi pangamal-pangamal herba. Tidak sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara lain seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan beberapa negara di Timur Tengah.

Meskipun demikian, kebanyakan masyarakat tetap lebih mempercayai keutamaan pengubatan moden, sekalipun banyak penelitian yang membuktikan besarnya impak negatif (negative effects) yang ditimbulkan oleh pengubatan barat.

Masyarakat kita pada ketika ini mengkonsumi ubat bukan kerana ubat itu mahal tetapi mereka mengkonsumi ubat tersebut kerana besarnya keyakinan yang dimiliki oleh seseorang itu. Mereka yakin bahawa ubat-ubatan kimia lebih mampu menyembuhkan panyakit yang dideritanya berbanding ubat-ubatan herba. Kerana itu, tugas sebagai seorang herbalis adalah harus mampu meyakinkan masyarakat tentang keunggulan herba.

Oleh yang demikian, pihak HPA ingin meyakinkan masyarakat tentang keberkesanan ubat-ubatan herba berbanding ubat-ubatan barat. Kami yakinkan masyarakat dengan fakta-fakta perubatan sains dan fakta-fakta perubatan herba HPA sebagai langkah pendekatan masyarakat terhadap pengubatan herba, kerana kami yakin bahawasanya ubat-ubatan herba lebih baik malah lebih suci pembuatannya.

Oleh itu, mari kita sama-sama mengenali herba dengan lebih dekat melalui perhubungan perubatan herba HPA dengan sistem pertahanan tubuh manusia. Kami hubungkan perubatan HPA kepada beberapa sistem iaitu:-

1. Sistem Pencernaan

2. Sistem Pembuangan

3. Sistem Pernafasan

4. Sistem Kardiovaskular

5. Sistem Endokrin

SISTEM PENCERNAAN

A. PERUT

Dinding perut mengeluarkan asid HCL 3 Liter sehari untuk meransang pengeluaran enzim pepsin untuk pencernaan protein. Di dalam keadaan kecemasan atau tekanan mental akan meningkatkan asid dalam perut dan terjadinya luka dalam usus. HCL dinuetralkan oleh cairan hempedu dan cecair pankreas.

B. USUS

Usus adalah bahagian terpenting untuk pencernaan dan penyerapan. Peneutralan asid HCL penting untuk menghindari ulser peptik . Usus besar perlu diperkuatkan dengan serat untuk menghindari sembelit, kanser, dan penyakit lain.

C. FUNGSI HERBA

1) Menguatkan sistem imuniti.

2) Merangsangkan enzim pencernaan.

3) Bertindak sebagai a nti-mikrobial.

4) Menjaga keseimbangan pH.

D. RAWATAN HPA

1. Halitolis/ Nafas Berbau.
{ MADU + TEH HERBA + SPIRULINA }

2.Tonsillitis.
{ TEH HERBA + ROSELLE + MALAC + COSCINIUM PLUS, SPIRULINA }

3.Ulser Mulut.
{ MINYAK BUT-BUT }

4. Ulser Perut.
{ TUJU ANGIN + RADIX + TEH HERBA }

5. Muntah Darah.
{ SHARK CARTILAGE + TEH HERBA + LOHARD }

6. Bayi Kembung.
{ SUSU KAMBING + MADU }

7. Sembelit.
{ PELAWAS + SPIRULINA }

8. Cirit-Birit/Mencret.
{ TEH HERBA + MADU }

9. Appendisitis.
{ SEMARU + MENGKUDU }

10. Batu Hempedu.
{ MALAC + ALAC + MADU ASLI }

11. Hepatitis/ Penyakit Kuning.
{ TEH HERBA + HEALTH B + OMEGA 3 }
PUNCA PENYAKIT

MAKANAN BERALKALI & BERASID

Dalam keadaan biasa, darah manusia bersifat alkali iaitu pH 7.4, dalam keadaan ini proses kimia badan berjalan lancar dan semua kotoran akibat proses ini dapat dilenyapkan dengan cepat . Akan tetapi apabila terlalu banyak makanan yang bersifat asid masuk ke dalam badan akan mengakibatkan tubuh dan darah menjadi asid, limpa, hati, jantung, buah pinggang yang merupakan organ menjernihkan darah terlalu dipaksa bekerja dan akhirnya organ-organ tersebut menjadi lemah dan mudah diserang dengan penyakit. Sampah yang beracun itu tidak dibuang dengan baik dan berkumpul di persendian-persendian menyebabkan rhematik dan sakit urat atau racun itu keluar melalui kulit menjadi jerawat dan bisul. Jadi keadaan asid ini akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser, lumpuh, sakit buah pinggang, hati, batu hempedu dan pelbagai jangkitan seperti darah tinggi, lemah jantung, athma, lemah tenaga batin dan lain-lain.

KESAKITAN

Sakit itu merupakan usaha tubuh melenyapkan sisa-sisa beracun dalam badan. Badan menjadi keracunan (toxemia) akibat daripada bertimbunnya sampah metabolisma, secara universal diakui sebagai sumber penyakit. Jadi untuk tujuan rawatan bukan penyakit yang harus diubati tetapi badan itu sendiri yang harus dibersihkan daripada racun-racun yang bertimbun itu.

Beberapa tanda permulaan menunjukkan badan kita tidak bersih iaitu ketika bangun pagi berkahak, hingus dan hidung tersumbat, warna kulit tidak bercahaya, bau badan keterlaluan, pening, kembung, sakit kepala, perut sebu, nafsu makan kurang, mata merah, banyak peluh dan sebagainya. Apabila ada tanda-tanda tersebut segeralah membuat pembersihan badan jika dibiarkan berlarutan boleh mengakibatkan kemampuan mental terganggu, sakit kepala, sakit punggung, rabun, anggota tubuh menggeletar, rasa letih, sakit pada sendi-sendi, telinga berdengung, batuk-batuk dan sangat peka pada debu.

PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KOTORAN

1. Bisul-bisul di kulit

Darah cuba menghilangkan racun yang terkumpul melalui kulit dengan membentuk jerawat, bisul dan lain-lain.

2. Kembung perut, sendawa dan buasir

Makanan yang membusuk di dalam tubuh akan membentuk gas yang busuk dan sebahagian terserap dalam darah mengakibatkan keracunan darah.

3. Sembelit

Sembelit atau tersumbatnya usus oleh sampah toksid merupakan salah satu penyebab pelbagai penyakit.

4. Panas

Panas tinggi terjadi bila butir-butir darah putih berperang melawan racun di dalam badan.

5. Batu karang

Batu-batu ini merupakan kristal-kristal beracun yang berkumpul di dalam pundi kencing dan buah pinggang.

6. Tekanan darah tinggi

Apabila kotoran beracun dan zat lemak melekat di dinding bahagian pembuluh darah maka kotoran itu menyumbat aliran darah. Otot jantung harus bekerja keras untuk mengepam darah melalui pembuluh yang sempit.

7. Gangguan emosi dan mental

Badan yang terlalu berat dengan kotoran beracun, tidak mampu mengirim oksigen ke otak. Bahkan, otak juga penuh dengan kotoran beracun dan akibatnya terjadi gangguan emosi.

8. Arthiritis

Setiap tulang dalam persendian, dibungkus dengan cartilage dan apabila asid berkumpul di dalam cairan sendi, sendi akan membengkak dan cartilage menjadi kering serta rapuh.

9. Alergi dan athma

Kerana adanya racun di dalam tubuh, dinding berlendir yang melapisi pipa-pipa pernafasan ini penuh dengan kotoran akan teransang dan membengkak untuk meneuteralkan enzim histermin akan merangsang reaksi alergi – bersin, batuk, hidung dan mata berair.

10. Penyakit hati

Hati juga tersumbat dengan kotoran dan tidak dapat bekerja dengan baik untuk mengeluarkan hempedu bagi mencernakan zat lemak di dalam makanan.

11. Penyakit gigi

Kotoran beracun akan melarutkan lapisan enemal paling luar dan menghancurkan gigi dalam.

LIMA KAEDAH PENYEMBUHAN

1. Dengan menghilangkan sisa toksid dalam badan

Misalnya tumbuh-tumbuhan yang mengandungi antraquinon glikosid yang akan merangsangkan usus dan menyebabkan pembuangan hasil sisa oleh usus. Tumbuhan lain yang baik untuk sembelit seperti kangkung, kayu manis, air tebu, isi jambu masak dan lain-lain.

2. Dengan merangsang tindakbalas tubuh

Misalnya halia yang mengandungi glikosid yang merangsang pembuluh darah dan memperbaiki peredaran darah. Gentian dan tumbuhan pahit merangsang proses pencernaan.

3. Dengan menyesuai dan mengimbangkan proses tubuh

Misalnya bunga teratai untuk menormalkan denyut jantung, halia dan bawang untuk hati, hempedu bumi untuk paru-paru, akar lalang untuk ginjal, akar tongkat ali dapat mengimbangkan pengeluaran progesteron dan estrogen kerana mempengaruhi kegiatan kelenjar pituitari.

4. Dengan melindungi terhadap hal-hal yang tidak diingini

Misalya bawang putih memerangi jangkitan bakteria dan kulat dan beberapa tumbuhan yang membentuk antiseptik pada permukaan jaringan.

5. Dengan menenangkan proses tubuh

Misalnya pegaga untuk kelelahan mental, kayu manis mengubati luka usus. Beberapa tumbuhan berguna untuk meredakan kesakitan seperti minyak cengkih untuk sakit gigi.

Maklumat lanjut :

HPA Malaysia

” Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya”

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

“Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah”

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Posted in Uncategorized | 3 Komen