Khasiat herba bunga Telang

1. Meningkatkan kewanitaan

Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita.

Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruh kepada sistem pembiakan wanita. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonoria, membetulkan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak atau menaikkan nafsu seksual.

Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Sama ada berkesan atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.

Untuk membetulkan kitaran haid, ambil bunga dan akarnya lalu dimasukkan dalam air mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum.

Jom kami kongsikan resepi teh bunga telang yang boleh diminum untuk penjagaan dalaman wanita.

Bahan-Bahan:
Segenggam Bunga Telang
Segelas Air Panas
Gula secukup rasa
1/2 biji limau nipis

Cara Membuat:
Masukkan segenggam bunga telang didalam gelas. Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 minit. Setelah air bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut. Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa sangat menyegarkan.

2. Mengecutkan jerawat

Ambil daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada jerawat. Biarkan selama 30 minit. Bersihkan.

3. Melebat dan menghitamkan rambut

Kacang telang dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.

4. Sebagai detox

Teh herba bunga telang juga membantu anda detox untuk menguruskan badan. Minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.

5. Mengurangkan sakit kepala

Selain melebat dan menhitamkan rambut, daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.

6. Mencuci Darah

Darah kotor merupakan salah satu penyebab yang boleh mengakibatkan penyakit kulit seperti bisul. Rebusan Air bunga telang sangat baik untuk diamalkan kerana ia mampu mencuci darah.

7. Mengatasi cirit-birit

Air rebusan bunga telang boleh merawat cirit-birit.

8. Mengatasi sembelit

Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap untuk mengatasi masalah sembelit. Minum air serbuk biji kacang telang apabila anda sembelit.

9. Membuka selera makan

Jika anda mempunyai masalah kurang selera makan, jadikan bunga telang sebagai ulam untuk makan bersama nasi. Ia akan membuka selera makan anda.

10. Merawat ulser mulut

Jika anda mengalami ulser mulut, rendam bunga dan kacang telang  air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.

11. Insomnia

Air rendaman bungatelang juga dikatakan mampu merawat insomnia.

12. Mengubati bisul

Daun pokok bunga telang yang dihancurkan boleh ditampal pada bisul untuk mengubatinya.

13. Mengubati sakit mata

Bunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih boleh digunakan untuk mencuci mata yang dijangkiti sakit mata atau keradangan. Caranya dengan merendam bunga telang  dalam 1 gelas air kemudian gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci mata.

14. Merangsang memori dan kebijaksanaan

Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.

15. Mengurangkan gejala asma

Akar bunga telang yang direbus dan dijadikan sebagai teh boleh mengurangkan gejala asma.

16. Mengubati batuk

Akar bunga telang dapat ubati batuk.

17. Mengubati bronkitis

Rebus 30-60 gram akar bunga telang dengan 4 gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1 gelas 2 kali waktu pagi dan malam.

18. Mengubati sakit telinga

Jika anda mengalami sakit telinga, bunga telang boleh membantu. Caranya ambil daun telang, ramas dalam air dan campur garam. Kemudian sapu pada telinga yang sakit.

19. Mengatasi stress

Kandungannya yang bersifat anti depresan yang ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yang mampu mengatasi stress.

Simber : https://www.bidadari.my/khasiat-bunga-telang/

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s