DAUN SIRIH PENAWAR PENYAKIT ANGIN PASANG BAYI

Bismillahirrahmanirrahim

Cara Menghilangkan Angin pasang
(Biasanya bayi dari usia 1 hari hinggalah ke setahun…paling minimum)

Bagi bayi lelaki, ketika di dalam hari lagi, kalau boleh tuamkan bahagian bawah kemaluannya dan perutnya dengan jintan hitam. Ini untuk mengelakkan bayi dari mendapat kembung dan penyakit angin pasang.
Bagi bayi lelaki, sebaik-baiknya, setelah dimandikan, tuam kemaluannya. Ini untuk menghindar dari penyakit pasang.

Daun sirih

👉 Gunakan daun sirih yang dilayur di atas tudung periuk dan disapu sedikit dengan minyak kelapa. Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ( terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang ).

👉 Gunakan ramuan herba jintan hitam, lada hitam../ biji sawi yang goreng dalam kuali tanpa minyak. Lepas tu bungkus dengan kain baru tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ini dilakukan setiap hari lepas mandikan dia waktu pagi atau petang.

👉 Tuam dengan pasir yang dicampur halba yang dipanaskan atas api dalam periuk.. jangan panaskan lama sangat , nanti terlalu panas pula… dalam 1-2 minit . Pastu, masukkan dalan kain, buat macam bunjut dan ikat terus tuam perut bayi dengan telur zakar dia sekali secara menaik maksudnya, tuam telur zakar bayi dari atas hingga bawah guna bunjut tadi.

👉 Celupkan daun sirih dalam air suam pastu selawat dan tekap-tekap di kawasan telur zakar dia..pastu urut secara menurun dari pinggang (buat dalam keadaan kedua-dua belah tangan terbuka) ke tepi kelengkag bayi , guna minyak bayi supaya bayi selesa..

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s