Pokok Bemban merawat penyakit secara alami

Pokok dan rizom (ubi) bemban

Bismillahirrahmanirrahim

Ubi bemban ini di gunakan oleh orang-orang dahulu di kampung-kampung untuk ;

1. Merawat Jerawat

Licinkan kulit muka menggunakan ubi bemban. Hiris halus atau hancurkan ubi bemban dan letak pada kulit yang berjerawat seperti topeng muka. Biarkan hingga kering. Jerawat akan pulih dan mengurangkan keradangan kulit.

2. Ubat Untuk Sakit Mata

Batang ubi bemban diperah sehingga keluar air. Air batang ubi bemban dititiskan dalam mata. Kaedah lain adalah rebus ubi bemban dan air rebusan tersebut dititis dalam mata. Merah mata akan beransur hilang.

3. Hilangkan Ulcer Mulut

Ulcer mulut biasanya berpunca kerana tidak cukup minum air. Untuk menghilangkan ulcer mulut dengan cepat, makan isi ubi bemban. Pastikan ubi bemban dibasuh hingga bersih dan kunyah lebih lama. Ulcer akan kecut dan mulut akan jadi bersih.

4. Menurunkan Haba Badan Ketika Demam

Ubi bemban bersifat sejuk. Jika demam semakin tinggi suhu, amalkan minum air rebusan ubi bemban atau makan ubi bemban. Suhu badan akan beransur turun.

5. Menghilangkan Sakit Perut

Rebus ubi bemban dan campurkan dengan sedikit gula sebagai perasa. Minum air ketika suam. Ia akan menghilangkan rasa sakit perut, cirit-birit, kembung dan tidak keselesaan lain.

6. Meredakan Kencing Kotor

Ubi bemban membantu meredakan penyakit kencing kotor atau penyakit yang berkaitan dengan salur atau pundi kencing.

7. Meredakan Bisul Dan Sengatan Serangga

Daun ubi bemban yang matang, dilayurkan atas api hingga layu. Daun akan jadi berminyak, tampal pada bahagian yang bisul atau disengat serangga. Cara ini akan mempercepatkan kematangan bisul.

8. Ubat Kayap

Ubi bemban yang sudah tua boleh merawat kayap. Hancurkan isi ubi bemban dan tepek pada bahagian yang terkena kayap.

Kredit : Fb Ana Mahabu

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s